Friday, December 31, 2010

Selamat Hari Lahir ke-11 Fea!

Assalamualaikum semua.
Selamat Hari Jadi.. Selamat Hari Jadi.. Selamat Hari Jadi Fea.. Selamat Hari Jadi..



*Tiup lilin* Hehe.
Untuk pengetahuan anda semua, hari ni hari jadi saya.
Tapi kek tak adalah sebab keluarga saya tak mampu nak beli.
Tapi tak apalah. Saya tetap bersyukur sebab masih panjang umur saya dekat dunia ni.
Kalau boleh, saya nak gembirakan ibu bapa saya.
Tambahan pula UPSR tahun depan.
Jadi wish birthday saya cuma saya nak dapat 5A dalam UPSR.
Em, boleh ke?
Hihi. Harap-harap boleh.
Terima kasih dekat Cik Naz Azhar sebab ucap Selamat Hari Jadi dekat saya.
Ucap saja? Kek tak ada pun? Eh, gurau saja.
Cik Naz Azhar cakap ada hikmah saya dilahirkan di penghujung tahun.
Entahlah? Kalau betul, Alhamdulillah.
Apa-apa pun, Selamat Hari Jadi kepada diri saya!

Wednesday, December 29, 2010

Rancangan Putera Katak dalam TV3 dah nak habis?

Assalamualaikum semua.
Sihat?
Saya pun sihat jugak cuma dah lama tak buka blog ni.
Blog ni pun saya ak update lama sebab blog ni jenis public.
Yang selalu saya update ialah Open Diary tapi tu saya rasa jarang-jarang sangat nampak orang Malaysia dalam Open Diary tu.
Yang ada pun kebanyakkannya berbangsa Cina.
Ok, bersambung kepada tajuk entri post.
Rancangan Putera Katak dalam TV3 dah nak habis ke?
 
Ong! Ong! Ong!

Ala.. Tak syok pulakkan?
Tapi kalau lama sangat nanti tak syok juga.
Cuba tengok macam drama Jepun, selalunya dalam satu drama tu, ada 12 episode saja.
Kalau drama Korea, fuh! 200 episode ke atas!
Tak sanggup nak bersengkang otak fikir episode berapa yang dah tengok ke belum.
Perhatian! Saya bukan nak perli sesiapa atau menyinggungkan hati sesiapa ok?
Tapi ni mungkin kenyataan.
Drama Jepun yang saya minat ialah Koizora.

Hero di handsome bergaya!
Nama hero dia Seto Koji.
Romantik tau drama Jepun Koizora ni.
Tengok jangan tak tengok!
Sekian. Terima kasih kerana membaca.

Friday, December 24, 2010

Oh! Bersabarlah ye?

Assalamualaikum semua.
Kesian dekat Cik Naz Azhar sebab keputusan PMR dia tak begitu memuaskan.
Kesian lagi dekat ibu bapa saya sebab kena jawab berapa A yang Cik Naz Azhar dapat.
Di bawah adalah keputusan Cik Naz Azhar.
__________________________________________________________
Bahasa Melayu      B
Bahasa Inggeris   A
Mathematics         B
Science                  A
Sejarah                  A              CEMERLANG
Geografi                 B              CEMERLANG
Kemahiran Hidup    B             CEMERLANG
Pendidikan Islam   B             CEMERLANG

Asas Fardhu Ain : Lulus
__________________________________________________________


Kesian dekat dia kan?
Dapat 3A 5B saja. Tapi syukurlah dia dapat 3A dari tak ada A langsungkan?
Tapi saya nampak dia happy-go-lucky saja.
Dia suruh saya jangan ikut jejak langkah dia lagi tu.
Dia tak nak ibu bapa saya sedih agaknya.
Tamparan paling hebat yang dia kena apa tau?
Bahasa Melayu dia B.
Tambahan pulak mak saya ni cikgu Bahasa Melayu.
Jadi faham-faham sajalah.
Bersabarlah ye wahai Cik Naz Azhar?
SPM masih ada.
Bagi yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR, tahniah!
Bagi yang dapat keputusan yang tak cemerlang sangat macam Cik Naz Azhar, jangan risau, masih ada peluang dalam SPM.
Ingat ye? Tingkatan 4 bukan honeymoon year tau?
Sekian. Terima kasih kerana membaca!

Wednesday, December 22, 2010

Result PMR 2010 esok?

Assalamualaikum semua.
Tengok blog ni.
Tak update sikit saja dah berhabuk.
Hehe.
Result PMR esok ke?
Wah. Mesti Cik Naz Azhar berdebar-debarkan masa nak ambil keputusan dia.
Saya sekarang tak benci dah dia sangat.
Kami cuma lawan-lawan saja sebagai adik-beradik.
Saya harap dia dapat keputusan yang baik.
Harap-harap dia dapat 5A ke atas la.
Sebab saya risau dia mungkin malukan mak saya.
Mak saya tu cikgu jadi mesti ramai yang tanya.
Selalunya macam tu la.
Masa UPSR hari tu kesian Cik Naz Azhar sebab dia dimalukan oleh kawan-kawan mak saya terutamanya yang anak diorang ambil peperiksaan UPSR tu jugak.
Saya pun berharap jugak yang saya tak akan malukan mak ayah saya nanti tahun depan.
Risaunya saya.
Cakap pasal PMR, teringat UPSR tahun depan.
Study belum lagi.
Ish. Tak boleh macam ni Fea.
Saya kena jugak belajar walau bagaimana nafsu syaitan saya tu menghasut.
Sekian. Tu saja. Terima kasih kerana membaca.
Ok bye-bye! Nak tidur dah!

Saturday, December 18, 2010

Boleh buli dah dia ni

Assalamualaikum semua.
Saya dah boleh buli Cik Naz Azhar dah.
Sebab result PMR dah nak keluar dah.
Ni yang best ni!
Huhu.. Boleh saya conquer laptop ni dengan lebih lama sambil tengok komik Jepun online dekat Mangafox.com
Yay!
Tapi saya risau jugak.
Baju sekolah tak beli lagi.
Buku sekolah pun tak beli lagi.
Ni semua Cik Naz Azhar punya pasal la.
Kena tunggu result PMR dia dengan nak tunggu dia membesar.
Mana dia boleh membesar dah??
Ish! Bencinya!
Ok. Itu saja hari ni.
Maaf ye tak update blog ni lama dah.

Saturday, December 11, 2010

Eh, eh, dah nak buka sekolah dah?

Assalamualaikum semua.
Sihat tak?
Dah berhabuk dah blog ni sebab saya cuma tak update 2 atau 3 hari yang lepas sebab kemalasan saya. Hehe
Sekolah dah nak buka dah.
Macam sekejap saja kan?
Buku-buku sekolah pun saya tak beli lagi.
Cik Naz Azhar pun tak beli lagi.
Kami tengah tunggu ayah kami dapat rezeki nak beli buku-buku tu.
Barang-barang sekarang dah la harga mahal.
Tengoklah, gaun budak-budak yang kecil macam tu pun dah RM80 ke atas.
Wow.. Serius punya mahalkan?
Entahlah. Masa depan kita nanti mungkin boleh jadi lebih mahal.
Takutnya!
Berjimat-cermatlah untuk masa depan ye?
Sekian. Terima kasih kerana membaca!

Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah & Momo dah tak ada

Assalamualaikum semua.
Salam Maal Hijrah saya ingin ucapkan kepada anda semua.
Saya harap semua orang akan berhijrah ke arah kebaikan kerana hari ni merupakan Awal Muharram 1432 Hijrah.
Saya pun nak berhijrah ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.
Tambah-tambah pulak saya akan menghadapi UPSR pada tahun hadapan mengikut kalender biasa.
Anda semua bagaimana?
_________________________________________

P/S : KISAH PERIBADI SAYA
Ikan peliharaan saya dengan Cik Naz Azhar dah tak ada dalam dunia ni.
Dalam erti kata lain Momo dah mati.
Momo la ikan paling lama sekali keluarga saya pernah bela. (Mungkin sebab masalah air kot?)
Selalunya ikan yang dibela oleh keluarga kami tak akan hidup lama selepas 3 atau 4 hari.
Tapi Momo lain.
Momo dah hidup dengan keluarga kami lebih dari sebulan.
Kami akan sentiasa merindui anda Momo.

Sunday, December 5, 2010

UPSR? Takutnya!

Assalamualaikum semua.
Saya bakal mengambil UPSR tahun depan.
Takutnya!
Cik Naz Azhar pulak boleh la relaks-relaks tahun depan sebab dia baru saja habis PMR.
Boleh ke saya berjaya?
Boleh ke saya menumpaskan Cik Naz Azhar walaupun secara hakikatnya dia cuma dapat 3A 2B untuk keputusan UPSR 2007?
Harap-harap saya boleh berjaya.
Sekarang ni saya tengah belajar untuk Tahun 6 tahun depan.
Tapi disebabkan banyak benda-benda yang lagi menarik, saya macam abaikan azam saya untuk belajar.
Tapi saya tak akan benarkan itu berlaku.
Saya akan berusaha lebih keras untuk menumpaskan nafsu syaitan saya tu.


Untuk anda yang akan mengambil UPSR tahun depan, belajarlah mulai sekarang ye?
Untuk para kakak / abang atau ibu / bapa pula, silalah menggalakkan adik / anak anda yang bakal mengambil peperiksaan UPSR, PMR atau SPM tahun depan supaya belajar dengan lebih gigih untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang dan terbilang.
Sekian. Terima kasih kerana membaca!
Gambar di bawah ini khas untuk orang yang akan mengambil apa-apa peperiksaan. 
Doa, kegigihan, tawakal!

Saturday, December 4, 2010

Ish! Ish! Ish! Ish!

Assalamualaikum semua.
Cik Naz Azhar yang merupakan salah seorang ahli keluarga saya ni minat binatang ''alah'' ni pulak..
Nama binatang tu ialah ferret.
Tahu apa tu ferret?
Di bawah ni ada gambar ferret untuk rujukan.
Haih.. Kenapa la dia kena suka binatang-binatang yang rupa comel?
Saya minat jugak la tapi ada limit.
Sebab saya tak berapa nak suka bila binatang tu menggesel kat kaki saya.
Sekarang ni Cik Naz Azhar tengah membela seekor kucing secara liar.
Nama kucing dia ialah Hitam.
Itupun dia bela secara senyap-senyap sebab jiran dekat depan dengan sebelah rumah saya tak suka kucing.
Apa kes pun tak tau la sampai nak kena buat report M.P.P.P.
Saya ingat lagi macam mana diorang tangkap beberapa ekor kucing liar dalam kawasan rumah saya kerana report yang jiran saya buat 3 tahun yang lalu.
Ok la. Itu sahaja yang boleh saya ceritakan hari ni.
Terima kasih kerana membaca!
__________________________________________

P.S. : Tolong follow Cik Naz Azhar ya?
Walaupun saya benci dia sangat-sangat, tapi saya tetap akan menghargai dia kerana dia dah banyak tolong saya dalam membuat blog ni.
Tambahan pulak dia merupakan salah seorang dari ahli keluarga saya.

Friday, December 3, 2010

3rd Post di blog!

Assalamualaikum semua.
Ini merupakan 3rd post saya di blog ni.
Di sini saya ingin meceritakan pula mengenai Narnia.
Mesti anda yang merupakan peminat fanatik Narnia dah tak sabar nak tengok Narnia : The Voyage of the Dawn Treader kan?




Saya pun dah tak sabar ni.
Kemarin iaitu bersamaan dengan 2 Disember, Narnia : The Voyage of the Dawn Treader version 3D dah pun dikeluarkan.
Tapi saya rasa saya lebih prefer nak tengok Narnia : The Voyage of the Dawn Treader secara normal kot?
Hahaha.
Sila lihat trailer Narnia : The Voyage of the Dawn Treader di bawah.




Hahaha.
Tak sabar pulak rasanya.
Tak sabar nak tengok lakonan Lucy tu balik.



Itu saja kali ni.
Terima kasih kerana membaca!

2nd Post Di Blog!

Assalamualaikum semua.
Ini merupakan post yang kedua di blog saya.
Saya buat blog ni pun atas desakan Cik Naz Azhar yang nak saya buat blog ni sangat.
Ok, di sini saya ingin menceritakan perihal tayangan terbaru Lagenda yang TV3 keluarkan.
Tak silap saya 3 hari yang lalu rancangan ni ditayangkan.
Nama rancangan tu Lagenda Putera Katak.


Ong! Ong! Ong!

Hahaha.
Comelkan katak tu?
Rancangan ni menceritakan lagenda seorang putera yang tela disumpah menjadi seekor katak.
Lakonan Putera Katak ni dilakonkan oleh Zizan Nin.



Manakala heroinnya pulak ada 2 orang.
Sorang di planet Bumi.
Sorang lagi pulak dekat planet Zadora.
Yang dekat planet Bumi ialah lakonan Nora Danish.



Manakala yang dekat planet Zadora ialah lakonan Bia Rameshan.



Walaupun saya rasa ramai yang dah tahu cerita dongeng putera katak, saya rasa rancangan ni telah membuatkan cerita putera katak ni jadi lebih menarik.
Hehehe..
Sementara tengah cuti sekolah ni, saya enjoy menonton rancangan Putera Katak ni.
Anda bagaimana?

Wednesday, December 1, 2010

First post di blog!

Assalamualaikum semua.
Ni first time saya buat blog.
Walaupun secara hakikatnya saya kena paksa dengan Cik Naz Azhar yang merupakan salah seorang daripada ahli keluarga saya.


Ini adalah gambar Cik Naz Azhar kita

Memandangkan saya masih baru di sini, biarlah saya memperkenalkan diri saya dengan lebih lanjut.
______________________________________________

Nama sebenar : Maaf, terpaksa dirahsiakan
Nama panggilan : Sofea, Fea
Umur : Maaf, terpaksa dirahsiakan juga namun saya lahir di tahun 90-an
Sekolah : MGS
Bilangan adik-beradik : 3 termasuk diri sendiri
Hobi : Membaca novel, surfing internet
Cita-cita : Tidak dapat ditentukan lagi
Tempat lahir : Pulau Pinang
Ketinggian : 140cm
Idola : Justin Bieber , Dayana Idola Kecil 2
______________________________________________

Sekian. Itu sahaja.
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya!