Sunday, November 20, 2011

Keputusan UPSR

Keputusan UPSR dah keluar lama dah.
Hari Khamis hari tu.
Tapi disebabkan busy, tak adalah masa nak ber-blogging.
Fea dapat 3A 2B saja.
Huhu. Rasa nak nangis pun ada sebab tak dapat 5A.
Tapi rasa bersyukur jugak. Orang lain lagilah. Ada yang tak ada A langsung. Ada yang dapat A tapi banyak C.
Rasanya gred tahun ni tinggi kot?
Sebab paper senang.
Nampaknya Fea kena berusaha lagi dalam Mathematics dan Science.
Memang dua-dua tu subjek kelemahan sejak zaman berabad lagi.

P/S : Tengah fikir nak masuk sekolah mana. Dapat ke tidak pun tak tahu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

HARI NI FEA TENGOK VIDEO NI :

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada yang mengenali atau tidak



     Salam Aidiladha. Seronok tengok orang post dekat FB banyak-banyak ''Selamat Hari Raya Aidiladha''. Tak kurang juga, ada yang post ''Yes! Guwa balik kampung esok!''. Fea pun nak balik kampung. Tapi keluarga Fea buat masa sekarang ada masalah kewangan. Mungkin masa cuti panjang nantilah. Walaupun tak happening sebab tak ada musim perayaan. Rindu dekat saudara mara di kampunglah katakan. Ok-lah. Tu saja hari ni. Salam Aidiladha sekali lagi diucapkan. Tak kiralah yang mengenali Fea atau tidak. :)