Sunday, February 5, 2012

Dah masuk bulan Februari 2012? Cepatnya!

Hai. Lama dah tak update blog. Baru bulan 2 tahun ni nak sentuh. Dah bersawang sangat dah. =_=
Tak sangkakan dah masuk bulan Februari 2012 dalam masa sekelip mata.
Bulan Januari pun dah berlalu dengan begitu pantas. Tak sangka.
Fea masuk sekolah baru untuk sekolah menengah.
Mula-mula mak Fea nak masukkan Fea ke SMK Abdullah Munshi.
Tapi tak disangka-sangka mak Fea masukkan sekali Fea ke sekolah SMK Padang Polo dengan along Fea.
Semuanya sebab masalah pengangkutan dan ada program untuk pelajar yang cemerlang di sana.
Fea rasa tak jadi masalah menjadi seorang pelajar di SMK Padang Polo ni.
Sebab bukannya Fea tak pernah pergi situ.
Fea pernah pergi situ masa umur 5-6 tahun macam tu sebab mak Fea bawa Fea sekali ke tempat dia mengajar. Maklumlah. Tak ada sesiapa nak jaga dekat rumah masa tu.
Along Fea pun tukar sekolah sekali. Dia kata kalau dia duduk di sekolah lama dia, dia akan terus gagal. Dahlah dah 9 tahun dia jadi pelajar di sekolah lama dia. Tiba-tiba nak tukar sekolah pulak. Betul ke keputusan dia tu?
Entahlah. Asalkan kehidupan di sekolah baru bahagia cukup.
Fea dapat banyak kawan di sekolah baru.
Tapi memori di sekolah rendah masih ada.
Aqilah. Zafisya. Nadiah.
Semua memori Fea dengan diorang masih segar seolah-olah Fea baru saja mengalami memori-memori tu kelmarin.
Ok. Mahu tidur. :)

GAMBAR HARI INI :

X_8b5d971f_large_large